Bab transportation ke getting around Jeju-do akan cover kemudian..ni nak share pasal rental car di Jeju..
Oleh kerana nak jimatkan cost aku pon dok timbang tara mana satu cara paling murah, berbaloi dan boleh dilaksanakan untuk memanfatkan 2 full days kami di Jeju ni.
Rental car company pilihan hati: kt kumho rent a car (Hertz)
Step pertama nak rent a car haruslah daftar membership lagi..takyah risau sebab semua in English~~~
Click je Register, pastu kat bahagian Resident Registration Number tu letak jela No IC masing2 n Submit
Pastu akan terus kena isi details macam biasa. Yang bahagian lesen tu, type tu, lesen keta adalah B tau sebab kalau kat Malaysia kita D tapi oversea = B..part apply International License disini (update nanti)..
Da selesai register terus login dan terus buat Reservation , akan jumpe page seperti berikut;
Sila tengok beza harga jika anda member, 70% discount kot..pastu jangan lupa tick;
Loss damage waiver: 26,600KRW untuk full coverage -tak kira apa kerosakan takyah bayar apa2..
kalau confident takde apa2 akan terjadi semasa perjalanan anda n nak jimat (aku amek full coverage sebab beza 5,000KRW je), amek la yg 300,000 KRW coverage: 15, 600 KRW yang bermaksud kalau ada kemalangan ke kerosakan, syarikat tu tanggung up to 300,000 KRW sahaja, yang lain kena tanggung sendirian berhad.
Tick juga bahagian options: Navigation (ENG), Egg Unit (Portable Internet Modem), dan juga Non-smoking (yang ni dapat discount lagi 3,000KRW-nak promote smoking cessation barangkali?)
Da selesai acara memilih dan bila da confirm sila lah click Complete
Pilih I agree dan click Submit pulak. Setelah selesai print receipt bagai dan bawak semasa nak tuntut kereta sewa tu nanti.
Nak pickup kereta tu sangat senang, sesampai je kat Jeju Int Airport tu pegi ke bahagian rental car, diorg akan suh p tunggu kat luar amek shuttle bus yang akan angkut ke company kt kumho ni..bagi borang reservation keta, international license n passport, bayar2 suma, check kereta bersama2 ngan pekerja die dan terus la bole drive..
kereta merah kecilku
Memula drive akan kekok sebab driver seat dia terbalik dari Malaysia, belah kiri. Aku hampir bertembung ngan bus time kuar dari Teseum Jeju, punya la pelik apesal la bus betol2 depan mata jarak dalam 200meter camtu n bila bus hon baru perasan salah lane. Yang passenger lain tak perasan rupenya sebab keta betol2 baru jalan..masing2 sebok betolkan tudung ke diri masing2 kot...pelik jugak kenapa dorg tak jerit2 cam slalu bile aku drive len macam siket..
Untuk pergi ke mana2 attraction Jeju ni takyah risau sebabnya GPS dia walaupon in KOREAN, super accurate dan insyallah tak sesat..Hanya masukkan no telefon attraction korg tu then terus direct ke tempat tersebut..nak carik no telefon ke info lebih lanjut tentang Jeju Island bole refer sini- Jeju Tourism, Visit Korea, Jeju Tripadvisor...
Kalau sesat lagi, p tanya ahjusshi (pakcik) ke ahjumma(makcik) kat Jeju sebab biasanya diorg la paling friendly sekali...Ada sekali kitorg sesat sampai kat Seogwipo City Hall, pekerja dia terus bawak keta lead kitorg ke Oedolgae(Lonely Rock) sebab tempat tu no telefon dia salah amek..Ada la jalan dalam 5-6km pusing sana sini, lepas antar kitorg terus dia bye2 dan balik.. Baik kan orang Jeju ni?..
Oh ye, aku official driver sepanjang di Jeju..drive sorg ok je sebab da biase pon drive long distance..cuma stress sebab makcik GPS tak abes2 warning ada speed trap setiap beberapa km. Jadinya aku drive average 50-60km/j je dan terus jimat giler minyak, 30,000KRW untuk 2 hari..fuhhh...tengok ade review orang lain spend dalam 50,000 - 60,000 KRW camtu untuk 2 hari..
Summary:
- Rental period: 2013.10.29 21:30:00 until 2013.10.31 21:00:00
- Total charge: 69,000 KRW including; navigation(0 KRW), egg unit(KOREAN)(0 KRW), loss damage waiver (19,200 KRW), non-smoking(-3,000 KRW)
- Fuel: 30,000 KRW
- NET TOTAL=99,000 KRW/ 2Days / 4pax = 24,750 KRW per pax
- P/S: Tahun 2014 memang sume harga naik kot sebab cost rental car paling latest agak berbeza ngan time aku padahal end of Oct 2013 je kot..
Sekian, harap membantu..
No comments:
Post a Comment