Tuesday 14 January 2014

Review and tips: Japan Rail Pass

Konnichiwa...

Ok kali ni meh berkenalan ngan Japan Rail Pass (JR Pass) pulak..JR Pass ni nak guna kat mana pulak? bukan Jeju tau..saja nak lompat2 review pasal tempat len pulak..

Apa itu Japan Rail Pass?

Basically ianya sejenis rail pass untuk Gaijin (foreigner) di tanah matahari terbit ini. Boleh guna di mana2 train yg operated by JR Group dan juga certain bus dan ferry. Kalau ikotkan naik train adalah pengangkutan antara yang termurah dan senang di mana2 negara, tapi memandangkan shinkansen (bullet train) yang terdapat di Japan ni dapat memendekkan banyak masa perjalanan dari satu tempat ke satu tempat, contohnya kalau train biasa dari Tokyo ke Kyoto dalam 7 jam, naik shinkansen hanya 3jam camtu..jimat masa kan? Dah tu JR Pass ni membolehkan aku naik Shinkansen (bullet train!!!!) unlimited~~~~


(Satu hala shinkansen bole cecah RM200++, so bayangkan bape riban korg kena kalau nak ulang alik hari2-hari naik shinkansen ni..last time kitorg travel dalam 3 hari berturut naik shinkansen ni dari toyohashi ke osaka, kyoto n tokyo sebab nak jimat duit accommodation tinggal umah yaya je..berbaloi tahu tak!!)

--> info tambahan: kalau korg rasa JR Pass still mahal, apa kata check intinerary korg yg da set mana tempat nak pegi, masa bagai then check kat HYPERDIA , ce kira total cost perjalanan n bole compare segala macam jenis transportation yg ada kat Japan

contoh Tokyo ke Kyoto~~~ leh tick ikot preference masing2...selamat mencuba >.<




JR Pass ni ada beberapa jenis dan harga bergantung kepada coverage area dan tempoh masa nak guna. Kalau jenis nak cover area Tokyo dan Kansai sekaligus bolehla amek JR Pass Nationwide, tapi kalau nak cover area Kansai sahaja baik amek JR West Pass (Kansai, Kansai Wide, Sanyo).

Eh tadi ada mention boleh naik Shinkansen sesuka hati kan? tapinya ada 2 jenis shinkansen ; NOZOMI dan MIZUHO memang haram untuk naik melainkan nak p bayar lebey lagi..

JR Pass Nationwide Price:
Type of Japan Rail PassOrdinary
(Economy Class)
Green
(Executive Class)
7-days Japan Rail Pass¥ 28,300¥ 37,800
14-day Japan Rail Pass¥ 45,100¥ 61,200
21-day Japan Rail Pass¥ 57,700¥ 79,600
* Child(6-11years old), half of adult fare.

JR West Pass Price:
1. JR West Kansai Pass
Valid from Kyoto to Himeji 
TypeOrdinary
(Economy Class)
1-day JR West Kansai Rail Pass¥ 2,000
2-day JR West Kansai Rail Pass¥ 4,000
3-day JR West Kansai Rail Pass¥ 5,000
4-day JR West Kansai Rail Pass¥ 6,000
* Child (6-11years old), half of adult fare 

2. JR West Kansai Wide Area Pass
Valid from Kansai-airport to Osaka, Kyoto, Kobe, Nara, Himeji, the Nanki Area, the Okayama Area, and Kinosaki-Onsen (Spa).

TypeOrdinary
(Economy Class)
4-day JR West Kansai Wide Area Pass¥ 7,000
* Child (6-11years old), half of adult fare 

3. JR West Sanyo Area Pass
Valid from Osaka to Hakata, valid juga ke Hiroshima dan Miyajima Island(ferry JR Pass ke Miyajima Island pon bole guna)
TypeOrdinary
(Economy Class)
4-day JR West Sanyo Area Pass¥ 20,000
8-day JR West Sanyo Area Pass¥ 30,000
* Child (6-11years old), half of adult fare 

untuk lebih lanjut refer sini

Selain dari tu, ada juga JR Pass yang lain seperti berikut;
1. JR Hokkaido Pass
2. JR Pass East
3. JR Kyushu Rail Pass
4. JR Shikoku, All Shikoku Rail Pass

info lebih lanjut pasal JR Pass yang lain refer di sini

Di mana, bagaimana dan bila nak beli JR Pass

JR Pass ni tak available kat Japan, so kalau da terlepas sampai sana beli train ticket biasa jela..kalau kat sini,
bole beli kat authorized dealer JTB Malaysia kat KL..tempat dia kat tingkat 16, bangunan depan Berjaya Times Square, yang dekat tempat turun jejantas, n ada Killiney Kopitiam kat bawah tu..Selain tempat tu boleh refer sini untuk p dapatkan JR Pass anda.

Macam mana nak beli? bawak passport dan DUIT sahaja!! Harga refer kat atas. Kalau kat JTB KL tu, pakai credit card kena charge 2.5%, so untuk jimat bawak la cash siap2..Once bagi duit, passport n sain dokumen yang berkaitan, dorg akan bagi satu slip nama dia - Exchange Order for Japan Rail Pass. Exchange order ni valid dalam tempoh 3 bulan je dari waktu beli, so kalau beli 11 Jan 2014, sebelom 11 April 2014 da kene g tukar, kalau tak sia-sia je burn gitu..



ni rupa exchange order tu

So lepas dapat exchange order for JR Pass ni da bole naik train sesuka hati kat sana ke? Tak abes step lagi nak dapat JR Pass ni sebenarnya. Kena pegi tukar exchange order ni untuk dapatkan JR Pass sebenar yang bole angkut kemana2 JR Line- tunjuk je kat pakcik jaga laluan keluar masuk platform..lupa plak bgtau yang nak tukar ni once sampai Japan tau..bukan kat Malaysia sini..

ada tertera tarikh valid pass ni - 7 hari je~

rupa depan booklet JR Pass yg Ordinary
Mana, macamana nak tukar? bawak exchange order + passport masing2 pastu carik je icon ni:
Midori-no-madoguchi
JR Ticket office @ Midori-no Madoguchi
Senarai JR Ticket Office boleh refer sini ataupon booklet yg dapat tu.

Diingatkan sekali lagi walaupon korg bayar mahal n ingat boleh guna JR Pass ni unlimited, selain Shinkansen Nozomi n Mizuho, korg juga tak boleh guna pass ni kat subway @ private railways especially kat Tokyo. (eg: Ginza Line, Toei Asakusa Line, Hibiya Line, etc). Tapi jangan risau sebab kat Tokyo ada JR Yamanote Line, JR Chuo Line, JR Narita Express Line.  Osaka pulak JR Osaka Loop Line n Nagoya JR Chuo Line, JR Kansai Line. Cuma kena ingat tengok JR sign baru boleh rempuh sesuka hati..

JR Pass ni kena jaga elok2 sebab once hilang, memang takde ganti lagi..nangis berlagu jela kalau hilang... or jadi drama cam kitorg...sila terasa sapa berkenaan (>.<)

Oh ye, bole reserve seat tapi rasanya tak perlu sebab banyak je tempat duduk kosong sepanjang kitorg travel, tapi kalau waktu travel anda jatuh pada National Public Holiday Japan, sila2 rajin refer sini tok tahu caranya..(free je, takyah bayar pon)

So tu je kot kena tahu pasal JR Pass ni. Happy Holiday~~~


5 comments:

  1. Wahhh sgt padat meletop..t aku link kan sini kalu buat entry jepon kat my humble blog itu yaww

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..sebab aku baru je dok beli JR Pass ni tok kawan aku...n nak bg info kat die..ni macam kaunseling point aku kat patient..lols..

      Delete
  2. Mana blh lupa drama carik jr pass yg hilang.....siap menipu kat officer tren kat osaka tu. Hahahahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. da tu tak biase menipu mesti muka nak cuak2 je...

      Delete
  3. pening gak ek nak pi jepun ni...hehehhe

    ReplyDelete