Annyeong..
Entry ni khas ditujukan kepada cik wani sebab beliau mau tahu cara beli tiket flight yang murah untuk ke Jeju-do ni.
Sebenarnya ada 2 cara untuk ke Jeju, by air or by ferry. Tapi untuk lebih menjimatkan masa, haruslah naik flight sahaja sebab perjalanan hanya mengambil masa kira-kira 1jam 5min.
Kalau anda bertabah nak naik ferry pon boleh, anda 3 pilihan depart port dan mengambil masa untuk sampai ke Jeju-do dalam jangkamasa seperti berikut;
Incheon Port : ~15jam
Wando Port : ~3-3.5jam
Mokpo Port : ~3-5jam
Busan Port : ~10-11jam
lebih lanjut
Jeju Port
Perkara pertama if nak dapatkan tiket murah haruslah research yang massive dan juga membership airlines tersebut. Kebaikan jadi member, bole dapat news promo discount ticket n juga boleh dapatkan tiket harga promo tersebut. Sebabnya ada certain airlines, walaupon ade promo tapi jika takde membership, harga tiket promo tu takle beli. So rajin2 kan lah subscribe eh walaupon agak melecehkan.. Lagipon bukan susah, kalau rimas lepas beli tiket unsubscribe jela..heeeee
Pilihan depart point untuk ke Jeju-do ada 2; Gimpo Airport, Seoul @ Gimhae Airport, Busan.
Airlines boleh dibahagi kepada 2 jenis; tambang murah cam AirAsia @ premier cam MAS..
Tambang murah:
1. Eastar Jet
Aku telah memilih Eastar Jet untuk siri ke Jeju-do Autumn 2013.. sebabnya? masa tengah2 pagi dok scroll semua page syarikat tambang murah yang aku daftar as member, ini je yang ada paling murah offer, from 19,000 KRW ~ 25,000 KRW one way, pastu dok tambah fuel surcharge yang standard untuk mana2 flight ke Jeju ni sebanyak 30,000 KRW, aku dapat dalam 69, 000 KRW roundtrip..murah kan?? Review Eastar Jet akan dibuat di entry yang lain.